Close

Kerajaan cadang tubuh pusat data lindungi maklumat negara

2025-11-05 HaiPress

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR,5 November - Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah pusat data khusus untuk menyimpan semua data negara bagi melindungi kedaulatan maklumat.

Timbalan Menteri Pelaburan,Liew Chin Tong berkata,pusat data itu akan mematuhi piawaian sedia ada mengikut syarat kelayakan insentif cukai bawah Skim Pecutan Ekosistem Digital yang telah ditetapkan oleh kementerian,serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

"Tiada isu kedaulatan atau maklumat kerajaan dikeluarkan oleh mana-mana pusat data setakat ini. Memandang ke hadapan,kita akan ada satu fasiliti atau pusat data khusus untuk data kerajaan,serta memastikan kedaulatan dan maklumat negara selamat," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sibu,Oscar Ling Chai Yew pada persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut memaklumkan cadangan kerajaan untuk menubuhkan pihak berkuasa tunggal untuk mengeluarkan lesen operasi pusat data,sebagai langkah memastikan pembangunan sektor itu tersusun dan mematuhi piawaian tenaga dan air.

"Untuk masa depan,kita akan memastikan kita ada pihak berkuasa pelesenan tunggal supaya semua pusat data diberikan lesen oleh satu badan sahaja," katanya.

Dalam pada itu,Liew menegaskan pelaburan pusat data perlu memberi manfaat kepada ekonomi negara,termasuk dari segi penggunaan Tenaga Boleh Baharu,pembangunan rantaian bekalan tempatan,serta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Hala tuju itu sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk membangunkan ekosistem digital dan Kecerdasan Buatan atau AI secara mampan.

"Sehingga Jun 2025,sebanyak 143 projek pelaburan pusat data telah diluluskan di seluruh negara daripada jumlah itu,25 projek berstatus Malaysia Digital (MD) menerima insentif Digital Ecosystem Acceleration Scheme (DESAC) dengan jumlah pelaburan sebanyak RM144.4 bilion dan dijangka mewujudkan 1,429 peluang pekerjaan baharu",katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap