Hampir separuh peserta program Pendigitalan Usahawan Desa golongan belia
2026-07-30 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,30 Julai – Seramai 490 belia atau 48 peratus daripada 1,005 peserta menyertai Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) sekali gus mencerminkan sambutan menggalakkan golongan muda luar bandar terhadap inisiatif pendigitalan keusahawanan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Sheikh Umar Bagharib Ali di Dewan Negara,hari ini.
Tambah Datuk Rubiah agensi di bawah KKDW turut memperluas inisiatif pendigitalan menerusi pelbagai program latihan bagi meningkatkan keupayaan usahawan luar bandar mengadaptasi teknologi digital.
“RISDA telah melaksanakan 11 siri kursus pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) melibatkan 336 usahawan dengan peruntukan RM447,500,manakala FELCRA Berhad menyediakan RM110,000 bagi menganjurkan bengkel pendigitalan dan e-Invois yang memanfaatkan 160 usahawan,” katanya lagi.
Sehingga kini katanya,KKDW telah membimbing lebih 69,000 usahawan luar bandar menerusi pelbagai program pembangunan kapasiti dengan memberi tumpuan kepada peningkatan penggunaan teknologi digital,pengukuhan rangkaian pasaran serta peningkatan nilai jualan usahawan desa.