Close

Pelajar didakwa cela Allahyarham Zara pindah sekolah - Saksi

2025-09-18 HaiPress

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan (Foto kecil: Zara Qairina)

KOTA KINABALU,18 September- Seorang daripada lima pelajar yang didakwa mencela Allahyarham Zara Qairina Mahathir berpindah ke sekolah lain,demikian dimaklumkan saksi kelapan,Ketua Warden Asrama Tun Datu Mustapha Limauan,Papar,Azhari Abd Sagap.

Azhari memaklumkan perkara itu pada prosiding inkues kematian Zara Qairina yang memasuki hari kesembilan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pagi tadi.

Saksi itu berkata,perpindahan terbabit berlaku beberapa minggu selepas insiden menimpa pelajar Tingkatan 1 berkenaan,namun beliau tidak mengetahui alasan sebenar perpindahan tersebut.

Beliau turut memaklumkan seorang lagi pelajar tertuduh tidak lagi tinggal di bilik asrama yang sama kerana mengalami trauma susulan kejadian itu.

Pada 20 Ogos lalu,lima pelajar perempuan berusia belasan tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-Kanak di sini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarham Zara.

Bagi tujuan inkues,mereka dirujuk sebagai pelajar A,B,C,D dan E.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap