SAR hari ketiga: Pencarian anggota Sabah Electricity diteruskan
2025-09-18 HaiPress
FOTO PGO JBPM SABAH
KENINGAU,18 September- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota Sabah Electricity yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus banjir di Kampung Nuntunan Apin-apin di sini kini memasuki hari ketiga.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan kejadian berlaku pada Selasa lalu ketika mangsa bersama dua rakan cuba menyeberangi jambatan dilimpahi arus deras,sebelum dua daripada mereka selamat manakala lelaki berusia 35 tahun itu hanyut dibawa arus.
Komander Operasi,PBK I Severinus Sixtus Geofrey berkata,pencarian hari ketiga bermula pukul 9.00 pagi dengan tumpuan di sekitar Kampung Linsudan selepas penemuan kasut dipercayai milik mangsa,melibatkan radius 40 kilometer di Sungai Pagalan menggunakan bantuan unit dron.
Operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi penyelamat lain dengan kekuatan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau,manakala Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menyelaras operasi di lokasi.