Close

Pengeluaran getah asli naik 24.9% pada Mei 2025

2025-07-10 IDOPRESS

Foto fail

PUTRAJAYA,10 Julai -Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia pada Mei 2025 meningkat sebanyak 24.9 peratus kepada 22 ribu 494 tan berbanding 18 ribu 008 tan pada April 2025,menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata,secara tahunan pengeluaran mencatat penurunan 12.2 peratus berbanding 25,608 tan pada Mei 2024.

Katanya,sebanyak 85.4 peratus pengeluaran pada Mei 2025 disumbang pekebun kecil,manakala ladang estet menyumbang 14.6 peratus.

"DOSM turut melaporkan stok getah asli pada Mei 2025 susut 11.4 peratus kepada 180,569 tan berbanding 203 ribu 708 tan pada April 2025.

"Kilang pemproses menyumbang 86.1 peratus daripada jumlah stok,diikuti kilang pengguna (13.7%) dan estet (0.2%),"katanya menerusi kenyataan.

Eksport getah asli berjumlah 35,939 tan pada Mei 2025,meningkat sedikit sebanyak 0.1 peratus berbanding April (35,901 tan).

China kekal sebagai destinasi utama eksport dengan 31.7 peratus,diikuti Jerman (15.8%),Emiriah Arab Bersatu (14.0%),Amerika Syarikat (8.1%) dan India (6.6%).

"Prestasi eksport disumbang oleh produk berasaskan getah seperti sarung tangan,tayar,tiub dan benang.

"Sarung tangan merupakan eksport utama dengan nilai RM1.04 bilion,menurun 3.5 peratus berbanding April (RM1.07 bilion)," katanya lagi.

Daripada segi harga purata bulanan,Lateks Pekat menurun 5.2 peratus kepada 613.80 sen/kg,manakala Sekerap turun 5.4 peratus kepada 606.67 sen/kg.

Semua jenis Getah Mutu Malaysia (G.M.M) menunjukkan penurunan antara 3.2 hingga 5.1 peratus.

Harga getah jenis TSR 20 (Technically Specified Rubber) global menurun 0.2 peratus kepada AS$1.70/kg,manakala harga SGP/MYS (Singapura/Malaysia) meningkat 3.3 peratus kepada AS$2.19/kg.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap