Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas penurunan OPR tingkatkan sentimen
2025-07-10 HaiPress
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,10 Julai - Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,disokong oleh sentimen yang meningkat berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Rabu.
Pada pukul 9.07 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.85 mata atau 0.06 peratus kepada 1,530.09 daripada 1,529.24 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.19 mata kepada 1,531.43.
Pasaran secara menyeluruh positif,dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 193 berbanding 101 manakala 256 kaunter tidak berubah,1,868 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 921.01 juta saham bernilai RM63.50 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata penurunan kadar faedah dijangka memberi sedikit tekanan kepada ringgit tetapi pada masa yang sama berpotensi membantu mengimbangi impak tarif perdagangan sebanyak 25 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
“Selain itu,dalam persekitaran kadar faedah yang rendah,bank-bank dijangka mendapat manfaat daripada aktiviti pinjaman yang meningkat.
“Sehubungan itu,kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,530 hingga 1,540 hari ini,” katanya dalam nota.
Thong berkata Wall Street meningkat semula semalaman walaupun terdapat ketidaktentuan yang berterusan mengenai dasar tarif Presiden AS Donald Trump,dengan sentimen disokong oleh perdagangan yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI).
“Jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah pada akhir bulan ini turut mendorong hasil bon 10 tahun AS merosot kepada 4.36 peratus,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank tidak berubah pada RM9.70 manakala Public Bank dan CIMB Group,masing-masing meningkat tiga sen kepada RM4.29 dan RM6.60. Tenaga Nasional berkurangan empat sen kepada RM13.96 dan IHH Healthcare merosot 10 sen kepada RM6.57.
Dalam dagangan aktif,Green Ocean dan Magma Group,masing-masing menambah satu sen kepada 11 sen dan 49 sen. TWL Holdings meningkat setengah sen kepada tiga sen,Eco Shop naik dua sen kepada RM1.29 manakala NexG mendatar pada 44.5 sen.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas naik 12.91 mata kepada 11,497.13,Indeks FBMT 100 menambah 10.98 mata kepada 11,260.52 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 1.70 mata kepada 11,488.59.
Indeks FBM 70 naik 36.82 mata kepada 16,671.76 dan Indeks FBM ACE meningkat 1.33 mata kepada 4,497.96.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 30.27 mata kepada 17,535.76,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.27 mata kepada 153.49 manakala Indeks Perladangan merosot 21.77 mata kepada 7,457.31 dan Indeks Tenaga berkurangan 0.52 mata kepada 736.38. -BERNAMA