Close

Kerajaan bangunkan Indeks Ketegangan Masyarakat, kesan awal risiko konflik

2026-07-30 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,30 Julai – Kerajaan terus memperkukuh mekanisme pengesanan awal dan pengurusan isu perpaduan menerusi Indeks Ketegangan Masyarakat yang sedang dibangunkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

RINGKASAN BERITA AI

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh Senator Che Alias Hamid pada persidangan Dewan Negara,hari ini.

Mengulas lanjut,Datuk Aaron menjelaskan kementerian turut menyelaras pelbagai platform utama,antaranya Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) yang dipengerusikannyabersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Di peringkat negeri,Mesyuarat Jawatankuasa Perpaduan menjadi platform strategik antara kementerian dan kerajaan negeri bagi menyelaras dasar perpaduan.

“Manakala di peringkat pengurusan isu berbangkit,Jawatankuasa Pengurusan Isu-isu Perpaduan (JPIP) dan Sistem Pengurusan Isu Perpaduan (e-SEP) digerakkan secara sistematik dengan melibatkan 12 kementerian,jabatan serta agensi keselamatan,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai penularan kandungan berunsur kebencian dan isu 3R (Agama,Bangsa,Diraja),beliau menegaskan tindakan penguatkuasaan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap