74 TKPM perkukuh daya tahan sektor agromakanan hadapi El Nino
2026-07-30 HaiPress

Datuk Chan Foong Hin
KUALA LUMPUR,30 Julai– Sebanyak 74 Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di seluruh negara yang melibatkan keluasan kira-kira 13,000 hektar terus diperkasakan sebagai antara strategi kerajaan meningkatkan daya tahan sektor agromakanan dalam menghadapi impak fenomena El Nino.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Low Kian Chuan di Dewan Negara berhubung keberkesanan dan pencapaian pelaksanaan TKPM sebagai zon pertanian berskala besar dan meningkatkan penawaran guna tanah agromakanan.
Dalam pada itu,Dewan Negara turut dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) turut memperuntukkan RM140 juta tahun ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran di kawasan jelapang serta luar jelapang padi di seluruh negara.
Peruntukan tersebut digunakan untuk melaksanakan penyelenggaraan berterusan terhadap sistem pengairan termasuk parit,tali air dan komponen berkaitan bagi memastikan bekalan air ke kawasan sawah sentiasa lancar.
“Selain itu,kementerian melaksanakan sistem amaran awal digital dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bagi menyalurkan ramalan cuaca dan amaran gelombang haba kepada komuniti tani menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).
“KPKM juga menyusun semula jadual penanaman padi mengikut keadaan cuaca dan ketersediaan sumber air,selain bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta METMalaysia bagi melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan yang memerlukan,” katanya.
Kementerian turut memperkukuh pengurusan air di peringkat ladang menerusi kaedah Pengairan Berselang (Alternate Wetting and Drying,AWD),Sistem Intensifikasi Padi (System of Rice Intensification,SRI) dan Pengeringan Pertengahan Musim (Mid-Season Drainage,MSD),selain menggunakan pam bergerak,telaga tiub dan sumber air bawah tanah di kawasan terjejas.
Bagi meningkatkan daya tahan tanaman terhadap cuaca panas,KPKM turut memperkenalkan varieti padi tahan kemarau seperti MR380,MR381 dan MR382,selain menggalakkan kaedah penanaman secara tabur kering bagi mengurangkan penggunaan air pada peringkat awal penanaman.
Sementara itu,Datuk Chan Foong Hin berkata kerajaan terus mengekalkan stok penimbal beras negara pada paras keperluan enam bulan sebagai langkah memastikan bekalan makanan kekal mencukupi walaupun negara berdepan cuaca ekstrem.
Beliau turut memaklumkan petani yang mengalami kerugian akibat bencana berkaitan perubahan iklim boleh mendapatkan perlindungan menerusi Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) yang diperkenalkan bersama Agrobank sejak September 2024.
Skim tersebut menyediakan pampasan sehingga RM3,000 sehektar kepada pengusaha padi kecil yang mengalami kerosakan tanaman akibat bencana termasuk fenomena El Nino.