Close

Gempa bumi Jepun: 58,000 penduduk berdepan krisis air dan elektrik

2026-07-30 HaiPress

Foto AFP

YATSUSHIRO,30 Julai – Lebih 58,000 penduduk disini kini berdepan krisis bekalan air dan elektrik susulan gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter yang menggegarkan selatan Jepun.

RINGKASAN BERITA AI

“Dalam cuaca panas musim panas,krisis kekurangan air ini amat mencabar,” katanya.

Keadaan cuaca dengan kelembapan tinggi serta suhu persekitaran yang dijangka mencecah hampir 40 darjah Celsius menjelang hujung minggu turut menambah risiko strok haba dalam kalangan mangsa terjejas dan pasukan penyelamat.

Bagi mendepani ancaman itu,pihak berkuasa mengambil langkah drastik memasang tandas kecemasan di kawasan terbuka.

Bagi meringankan beban penduduk,Pasukan Pertahanan Diri Jepun (SDF) dikerahkan mengagihkan bekalan air menerusi kenderaan tangki ke pusat komuniti dan sekolah dengan catuan dihadkan kepada tiga liter bagi setiap individu.

Sebanyak 300 unit pendingin hawa turut dipasang di pusat-pusat pemindahan sementara.

Bencana itu turut menjejaskan sektor industri utama negara apabila gergasi automotif dan teknologi seperti Toyota,Honda,Nissan,Aisin serta Sony menggantung sebahagian operasi.

Sementara itu,syarikat pembuat cip terkemuka,TSMC,turut menghentikan sementara operasi dan melakukan pemidahan pekerja bagi menilai kerosakan kemudahan.

Jepun yang terletak di sepanjang laluan Lingkaran Berapi Pasifik kerap berdepan bencana seismik.

Bagaimanapun,gegaran terbaharu disifatkan antara yang paling buruk sejak tragedi gempa bumi 2016 yang mengorbankan lebih 260 nyawa. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap