Tujuh terbunuh dalam serangan peluru berpandu Rusia di Ukraine
2026-07-30 HaiPress

Foto AFP
KYIV,30 Julai -Tujuh orang terbunuh selepas peluru berpandu balistik Rusia mengenai beberapa wilayah Ukraine termasuk ibu negara dan Kota Lviv di barat negara berkenaan pada Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
−
Serangan berskala besar itu berlaku ketika Presiden Volodymyr Zelenskiy baru pulang dari Amerika Syarikat (AS). Beliau mengesahkan Presiden Donald Trump telah bersetuju untuk memberikan lesen perolehan peluru berpandu Patriot kepada Ukraine.
Sementara itu di bandar kelahiran Zelenskiy di Kryvyi Rih,dua kanak-kanak perempuan berusia lima dan 12 tahun antara enam yang terkorban,manakala lapan lagi cedera.
Ketua Majlis Pertahanan Kryvyi Rih,Oleksandr Vilkul,mengesahkan insiden di bandar berkenaan berpunca daripada bedilan terus peluru berpandu balistik Iskander-M milik Rusia. – REUTERS