Pendakwa Raya Bolivia keluarkan waran tangkap terhadap Evo Morales
2026-07-30 HaiPress

Bekas Presiden Bolivia,Evo Morales / AFP
LA PAZ,30 Julai – Pendakwa raya Bolivia pada Rabu mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden sosialis,Evo Morales,atas pertuduhan menghasut protes yang melumpuhkan negara itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Peguam Negara Roger Mariaca berkata,waran yang dikeluarkan pada Rabu itu berkaitan dengan siasatan terhadap puluhan sekatan jalan raya yang didirikan sepanjang tempoh pergolakan berkenaan.
Siasatan itu berpunca daripada aduan berhubung “pemberontakan bersenjata” dan “pengganasan” yang difailkan oleh gabungan pemimpin awam serta perniagaan haluan kanan terhadap Morales,ahli kesatuan sekerja Mario Argollo dan tokoh pribumi Vicente Salazar,sebelum turut disertai sebahagian pihak kerajaan.
Selain itu,Paz turut menuduh Morales yang berasal dari wilayah penanaman koka,Chapare,terlibat dalam penyeludupan dadah,namun tidak mengemukakan sebarang bukti.
Morales,yang merupakan pemimpin pribumi pertama Bolivia,kini berada dalam persembunyian di kubu kuat di Chapare bagi mengelak pertuduhan berkaitan pemerdagangan kanak-kanak bawah umur.
Sebelum ini,Paz mengesahkan rancangan untuk melancarkan operasi di kubu kuat bekas presiden berkenaan,namun tidak memperincikan tarikh pelaksanaannya.
Pemimpin konservatif itu berjaya meredakan ketegangan awam dengan mengisytiharkan darurat pada Jun lalu,sekali gus membolehkan pengerahan tentera serta pengharaman sebarang perhimpunan tunjuk perasaan.
Paz mengambil alih pentadbiran tahun lalu dengan janji untuk memulihkan ekonomi negara selepas dua dekad di bawah pemerintahan sosialis.
Bagaimanapun,program pemotongan kos yang diperkenalkannya menerima tentangan hebat daripada kesatuan sekerja,petani dan organisasi pribumi. – AFP