Pilihan raya Brazil : Bolsonaro nafi video deepfake sokong pencalonan anak
2026-07-30 HaiPress

Video deepfake boleh dianggap sebagai ‘pelanggaran serius’ terhadap syarat-syarat tahanan rumah yang dikenakan terhadap Jair Bolsonaro / Foto AFP
BRASILIA,30 Julai – Bekas Presiden Brazil,Jair Bolsonaro menafikan imej dan suara dalam video deepfake yang memaparkan sokongan beliau kepada pencalonan anaknya,Flavio Bolsonaro dalam pilihan raya Oktober ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagaimanapun,beliau berkata tidak pernah menghalang anak-anaknya daripada menggunakan imejnya untuk tujuan politik,memandangkan wujud ‘kepercayaan’ antara bapa dan anak-anak.
Hakim Mahkamah Agung,Alexandre de Moraes,berkata video berkenaan boleh dianggap sebagai ‘pelanggaran serius’ terhadap syarat-syarat tahanan rumah yang dikenakan terhadap bekas presiden itu.
Moraes turut memberi amaran bahawa Flavio Bolsonaro mungkin melanggar undang-undang pilihan raya Brazil yang melarang penggunaan deepfake bagi mempengaruhi atau memberi kelebihan kepada mana-mana calon,walaupun dengan kebenaran individu terbabit.
“Penggunaan imej Jair Bolsonaro berpotensi mengelirukan pengundi sehingga mereka menyangka bekas presiden itu terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya,sekali gus jelas merupakan satu bentuk maklumat palsu dalam pilihan raya,”katanya.
Jair Bolsonaro,71 tahun menjalani hukuman penjara selama beberapa bulan sebelum dibenarkan menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah pada Mac lepas atas faktor kesihatan.
Beliau juga dilarang menggunakan media sosial,telefon bimbit atau membuat sebarang kenyataan kepada umum.
Pada 13 Julai lalu,Mahkamah Agung turut melarang Flavio Bolsonaro daripada melawat bapanya sehingga tamat pusingan pertama pilihan raya selepas beliau membacakan sepucuk surat tulisan tangan Jair Bolsonaro di media sosial.
Flavio Bolsonaro merupakan pencabar utama kepada Presiden berhaluan kiri,Luiz Inacio Lula da Silva,yang sedang berusaha memenangi penggal keempatnya sebagai presiden,walaupun tidak secara berturut-turut.- AFP