Close

AS catat lebih 2,300 kes demam campak, tertinggi dalam tiga dekad

2026-07-29 HaiPress

Mark Kelly/ REUTERS

WASHINGTON,29 Julai – Amerika Syarikat (AS) merekodkan 2,318 kes demam campak setakat tahun ini,sekali gus melepasi jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan pada 2025 dan menjadi angka tahunan tertinggi dalam tempoh 35 tahun.

RINGKASAN BERITA AI

“Apabila masyarakat tidak mendapatkan vaksin,wabak akan berlaku dan nyawa boleh terkorban akibat penyakit. Perkara itu tidak sukar untuk difahami,” katanya pada satu program sempena pembukaan sesi persekolahan di Phoenix.

Beliau merupakan antara beberapa anggota Parti Demokrat yang mengemukakan surat kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri awal bulan ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan penularan campak di pusat tahanan Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) di Florence,Arizona.

Surat berkenaan memaklumkan sekurang-kurangnya tujuh tahanan dijangkiti demam campak di dua kemudahan,iaitu Central Arizona Florence Correctional Center dan Florence Service Processing Center.

Bagaimanapun,jurucakap ICE memaklumkan setakat 20 Julai lalu,tiada lagi kes campak aktif dalam kalangan tahanan di kedua-dua kemudahan tersebut.

Sementara itu,Pengarah Perubatan Health Observatory di Arizona State University,Dr. Rebecca Sunenshine berkata,peningkatan kes baharu dan penularan wabak di beberapa lokasi menunjukkan situasi masih membimbangkan.

Beliau berkata,walaupun sukar untuk meramalkan sama ada AS akan kehilangan status penghapusan demam campak,trend semasa menunjukkan keadaan tidak bergerak ke arah yang positif.

Campak merupakan penyakit berjangkit yang lazimnya menyebabkan demam,ruam serta masalah pernafasan dan boleh dicegah melalui vaksin campak,beguk dan rubela (MMR).

Menurut CDC,vaksin tersebut mempunyai keberkesanan sehingga 97 peratus selepas dua dos.

Dalam perkembangan berkaitan,pegawai kesihatan awam di Maricopa County,yang menempatkan bandar Phoenix,telah mengeluarkan beberapa notis pendedahan sejak kebelakangan ini,melibatkan lokasi yang dikunjungi individu disahkan dijangkiti campak.

Antara lokasi berkenaan termasuk restoran,pusat beli-belah serta Stadium Chase Field,manakala daerah itu merekodkan 25 kes campak sejak awal tahun.

Pakar kesihatan menegaskan pengambilan vaksin kekal sebagai langkah paling berkesan bagi mencegah penularan campak,khususnya ketika pelajar kembali ke sekolah selepas cuti musim panas.- REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap