Close

ECRL, LTU pemangkin baharu sektor pelancongan di Kelantan

2026-07-29 HaiPress

Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya,Chiew Choon Man/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,29 Julai – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) bakal dimanfaatkan sebagai pemangkin baharu sektor pelancongan di negeri Kelantan.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff di Dewan Negara.

Senator Dr Wan Martina meminta penjelasan mengenai perancangan Kementerian untuk memanfaatkan kemudahan projek infrastruktur utama seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) ini bagi meningkatkan jumlah pelancong ke Kelantan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada penduduk setempat.

Chiew memaklumkan pihak Kerajaan Negeri perlu mengenal pasti dan mengemukakan cadangan projek kemudahan infrastruktur pelancongan kepada pertimbangan MOTAC di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun bagi menaik taraf kemudahan asas sedia ada agar bersedia menampung jangkaan kemasukan pelancong yang lebih tinggi kelak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap