Close

Sultan Selangor titah pembangunan Kampung Baru utamakan kepentingan Melayu

2025-09-18 HaiPress

Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

SELANGOR,18 September - Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj,bertitah agar pembangunan semula Kampung Baru,Kuala Lumpur dilaksanakan dengan teliti dan berhemah,dengan mengutamakan kepentingan orang Melayu.

Baginda menegaskan tidak menolak pembangunan kawasan itu,namun syaratnya mesti jelas,berpihak kepada orang Melayu serta mengambil kira nilai sejarahnya.

"Kampung Baru ditubuhkan pada tahun 1899 sebagai penempatan masyarakat Melayu untuk tujuan pertanian hasil kurniaan nenda Beta,Sultan Selangor Kelima,Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 sebagai rizab Malay Agricultural Settlement (M.A.S),” titah Baginda.

Sultan Sharafuddin turut mengingatkan Kampung Baru pernah menjadi simbol kebangkitan orang Melayu,termasuk lokasi Kongres Melayu Se-Malaya 1946 yang mencetuskan penubuhan UMNO serta tempat perlindungan masyarakat Melayu ketika tragedi 13 Mei 1969.

Baginda menutup titah dengan peringatan: “PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM” serta “BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN NEGARA”.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak ciptat 2009-2020 Ekonomi Melayu      Hubungi kami   SiteMap